Thursday, January 27, 2011

Ikan Tilapia Merah Masak Sos


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tilapia merah (digoreng garing)
5-6 tangkai cili merah (dicincang halus)
1 tangkai daun kari
2-3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil air sotong (botol)
3 ulas bawang merah (dicincang)
4 cm halia muda (dicincang)

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Panaskan minyak, dan tumis kesemua bahan cincang dan daun kari sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan sos, serbuk lada putih dan air sotong.
  3. Bubuhkan sedikit gula dan air sotong serta sos tiram.
  4. Tuangkan sedikit air (suku cawan).
  5. Biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat dan tuangkan ke atas ikan.
Catatan:
Pastikan ikan Tilapia Merah sentiasa tersenyum manja ketika dihidangkan. Itu akan menambahkan kelazatannya... :-) ... selamat mencuba..

Ikan Tilapia Merah Kukus Air Asam


Bahan-bahan:

1 ekor ikan talapia merah
1 sudu teh gula
6 ulas bawang putih
6 biji cili api 
1/2 sudu teh garam halus
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa

Cara-cara menyediakan:

1. Ikan dicuci dengan air asam. Dilumur dengan garam halus bawang putih yang dicincang,

2. Kukus ikan separuh masak lebih kurang 5 minit dahulu,

3. Sementara ikan dikukus , campurkan air asam jawa, cili api yang diracik halus dan bawang besar yang dipotong bulat-bulat,

4. Masakkan air asam ini dan campurkan garam dan gula dan angkat,

5. Curahkan ke atas ikan tadi dan kukus sekejap selama 5 minit lagi,

6. Angkat dan hidangkan panas-panas. 

Selamat mencuba..

Ikan Tilapia Merah, Hitam dan Biru


 Ikan Tilapia Hitam (biasa)

Ikan Tilapia Merah

 Ikan Tilapia Biru

Sedikit Info Ikan Tilapia

Ikan Tilapia
Ikan Tilapia dari Sungai Nil(Oreochromis niloticus niloticus)
 
 
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Keluarga: Cichlidae
Subkeluarga: Pseudocrenilabrinae



Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia.

Berikut adalah jenis-jenis umum Ikan Tilapia (ada yang menyebut Talapia dan saya lebih senang menyebutnya Tilapia) yang dikenalpasti ;
  1. Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus).
  2. Tilapia Merah (Oreochromis niloticus)
  3. Tilapia Biru (Oreochromis aureus)
So, yang saya usahakan ini ialah Ikan Tilapia Merah.. (info ini saya ambil dari wikpedia)

Note :

Ikan TILAPIA adalah ejaan yang BETUL sebagaimana yang ditemui dalam Kamus Dewan…
TALAPIA tidak ditemui…
Jadi TILAPIA adalah ejaan yang TEPAT, manakala TALAPIA pula adalah sebutan yang biasa digunakan oleh masyarakat kita…

Email : alexnonong@hotmail.com
HP : 0128449937 (ANA)


 

Wednesday, January 19, 2011

Ikan Tilapia Merah segar dari ladang

KINI DI BUKA....



[gambar seperti iklan promosi di dalam mudah.com]

Membekalkan Ikan Talapia Merah ;

1. Di bawah 50 Kilo - RM 14.00 sekilo
2. 51 - 99 Kilo - RM 12.00 sekilo
3. 100 ke atas - RM 10.00 sekilo



E-mail ; alexnonong@hotmail.com / alexnonong@yahoo.com
HP ; 012-8449937 [ ANA ]



PENTING ! :  
SEMUA KELUARAN DI JAMIN HALAL

* Bekalan disediakan untuk restoran, hotel, pasaraya, pembeli persendirian dan tempahan jamuan seperti jamuan kahwin, harijadi dan jubli..